stalker!hahaha

Sunday, July 14, 2013

2 Tahun

berpuasa di perantauan. eheh


2 tahun dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kutuk-mengutuk, perli-memerli tu perkara biasa. Tapi tak kesah, selesa ja macam neh. Tak perlu nak menjiwang selalu. Sekali-sekala macam neh terasa lagi bermakna :)

Thanks for everything. Setiap susah senang, setiap tangis tawa, setiap naik turun, setiap segala-galanya, awak sentiasa di sisi. 

Maaf dah tak reti nak berjiwang. Sebab selalu main kasar. Ehehehe

p/s : tak leh blah kucing hitam. hahaha

Wednesday, May 8, 2013

1 tahun, 9 bulan, 3 minggu dan 3 hari

mood jiwang. ready untuk muntah ebelibadi

Assalammualaikum!

Ya Allah, rasa lamanya aku tak membebel di sini. Almaklumlaa, kononya dah ada tempat nak meluah segala isi hati. So, belog ini bukan lagi pilihan hati lah. Ewah! Ok, semua sila refer tajuk! *tak tau semua tu berapa, entah-entah sorang pon tak baca entry aku neh. Ehehehe

Actually, kalau hampa belek belog aku, angka tu akan sama dengan satu angka dekat belog aku jugak *valid hanya untuk hari entry ini di post sahaja. Buka-buka belog neh, ternampaklah benda alah tu. Terkejut sat! Tak sangka. Hahaha. Lama jugak kami bertahan sesama sendiri.

Mana tidaknya, kami berjumpa hampir tiap hari, tak kesah la waktu apa, jarang sangat la kalau tak jumpa. In case kalau tak jumpa tu, sama ada aku menggedik buat2 merajuk ATAU aku balik rumah dan dia stay di USM. Yela, bukannya kami serumah pun dia nak ikut balik sekali. Bakal serumah tu iya la. Eheheh

Berjumpa saja tu takpa, tapi kalau setiap kali jumpa mesti bertekak. Dari isu peribadi sampai la isu negara. Kahkahkah. Kekadang kalau pasai politik pon boleh end up bertegang urat. Tapi bergaduh kami takat tu ja la. Takdak la dia sampai kena beli kek secret resepi sebijik dua baru aku nak ok balik. Aku pon kalau buat salah dan dia terasa, takdaknya sampai aku kena melutut menangis bagai untuk dia ok balik. Rasanya aku sangat malahan terlebih selesa dengan dia. Bagi pihak dia, aku tak tau. Harap benda yang sama berlaku. Hahaha

Aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia. Maybe orang boleh kata macam-macam yang tak baik. Yela, baru couple, bukan kawen lagi pon. Tapi nak buat macam mana, soal hati dan perasaan tu aku tak boleh kawal. Aku manusia biasa yang lemah. Aku just boleh doakan yang terbaik untuk kami berdua. Selalu sangat berharap yang jodoh kami tu ada. 

p/s: hanya mampu berdoa benda yang terbaik

Friday, December 21, 2012

Sensitif

Assalammualaikum

Sedih. Kena marah. Dah la baru sihat. Actually tak sihat sangat pon. Sakit lagi tapi saja kuatkan diri sendiri. Tak nak layan sangat. But end up, hati sakit, badan yang dah nak sihat pon sakit balik. Peritt.. Tak boleh tido..

Orang sakit memang selalu over sensitif. Yela.. patotnya kena rest tapi p buat keja jugak. pastu kena marah. Hilang semangat, hilang kekuatan. Dah la drive tadi macam apa ja suma benda aku tak nampak, semua benda aku nak langgar. But, nobody cares. Maybe kat sini bukan tempat aku.

Perlu penjagaan rapi dari orang yang betul2 memahami dan menyayangi.

p/s : maybe disisi dia pon bukan tempat aku...

Wednesday, November 28, 2012

Kembali menulis

Assalammualaikum

Out of blue, tetiba hari neh dapat mood nak berblogging. Mungkin sebab aku rasa menulis lagi best dari bercerita. Oh, rindu nya dekat kawan-kawan lama. Pendengar yang baik dan setia. Miss my old time. Bila aku boleh bercerita tanpa rasa bahaya.

Memang betul, benda yang paling jauh dengan kita ialah masa yang dah berlalu. Tolong kuatkan aku untuk beberapa ketika saja lagi. Tak lama dah pon nak bergelar student undergrad USM. Tolong kuatkan aku. Aamiin :)

p/s: thanks to him, always be there in every ups and downs :)

Sunday, June 10, 2012

Terasa

Assalammualaikum :)

Just nak cerita yang aku sedih sangat sangat. Tapi aku tak tau nak luah macam mana. Sekarang semua orang tengah sibuk nak final. For sure depa malas nak layan.

And the only person yang selalu layan aku adalah orang yang buat aku sedih hari neh. So sorry dear. Ambil masa nak recover kali neh. Aku terasa sangat sangat. Perlukan masa untuk menyendiri. Berfikir sedalam dalamnya.

Mungkin lepas neh akan dapat solution yang mungkin perit untuk diterima tapi untuk kebaikkan bersama. Hmmm... Dah cuba sedaya upaya. Tapi entahlahh...

Aku perlukan banyak masa untuk berfikir. Harap memahami..

Sunday, August 28, 2011

Nostalgia Zaman Tadika

sedeh sebab gambar semua dah tak da sebab terbakar. sob sob :'(

Assalammualaikum !

Hoi! Heheh. Lately, tiba-tiba aku rasa macam penggunaan istilah 'hoi' macam best ja. Ketagih ja nak guna. Hehehe. Selalu ja dok hoi hoi Si Buncet. Hahahahaha. Rasa macam rock tak rock ja. Ganster :) Ehehehe

Ok. Berbalik kepada tajuk entry. Tiba-tiba ja tau aku teringat pasal zaman tadika aku. Zaman hingusan :) Neh semua sebab cousin aku la, Fatin. Hari tu, macam mana ntah terbukak hati nak usha blog dia. Tiba-tiba dekat part about me dia tu, aku ternampak dia cerita pasal aku. Sumpah aku terharu! Dia tulis macam neh :

"masa tadika dulu aku selalu berebut buaian waktu rehat . tapi sebab cousin aku ketua darjah aku selalu dapat main buaian tak payah berebut . syookk oouu . "

Cousin yang kat atas neh refer kepada aku la. Hehehe. Kalau hampa jadi aku, agak-agak hampa terharu dak? Terharu kan? Kan kan kan? Eheheh. Dia buat aku teringat balek kenangan lalu laa... Dulu aku ketua tadika tau! Jangan buat maen. Kecik-kecik dah otai ok. Hahah. Aku tak sure la macam mana aku dilantik. Maybe sebab aku comel kot dulu. Sebab tu cikgu pilih aku. Kahkahkah :D

Aku ingat lagi, dulu kan pagi-pagi bila sampai tadika, aku kena pegi ofis dulu. Amek Buku Rekod Kehadiran kat ofis. Terkedek-kedek naek tangga sebab ofis kat tingkat atas. Aku rasa mesti aku comel gila dulu sebab bebudak besar selalu ja kaco aku ondaway nak naek tangga tu. Yela, dengan rambut ikat dua, pakai reben kaler merah, mata besar macam ikan, alololo, rasa macam comel ja. Heheh. Pastu kena bagi kat cikgu tadika. Pastu kan, kalo cikgu tak da sebab pegi meeting kan, aku la kena jaga tadika tu. Ehehe. Tau tak aku buat apa kalau aku jumpak orang bising? Aku CUBIT sampai keluar isi. Kehkehkeh. Garang nak mati aku dulu.

Bestfren aku time tadika neh ada dua orang. Cousin aku neh(Fatin) dengan Syahida. Kami panggel dia Syida. Depa dua ja aku tak pernah cubit. Jaga kawan la kononnya. Berat sebelah. Hahah. Memang pon! Kesah apa aku. Lagipon, tak da nya mak bapak kengkawan aku mai serang mak aku sebab aku cubit anak depa. Heheh. Tu yang dok buat selalu tu :p

Pastu, ada lagi kebaekkan jadi ketua tadika neh. Sebabnya, aku yang pegang kunci taman permainan kami. So, bila mai time rehat ja, kami boleh pegi maen kat taman tu. Kami dulu suka berebut nak men buaian. Tapi aku dengan cousin aku tak payah berebut pon. Sebab aku yang bukak kunci. So, orang pertama yang akan masuk mesti la aku! And lepas boleh masuk ja, aku akan pecut pegi kat tempat buaian dan jaga dua buaian siap-siap. Satu aku nak men, satu cousin aku punya. Buaian ada tiga ja. Nampak tak kuasa veto aku dulu? Bila dah puas main baru aku bagi buaian tu kat orang laen. Huahaha :D

Lagi, cerita pasal puzzle. Time tadika, aku suka gila maen puzzle. Alaaa, benda yang susun-susun tu. Aku selalu menang kalo maen benda neh. Sebab tu aku suka maen. Hahah. Sampai sekarang aku ingat kot. Nostalgia gila. Maen masak-masak dalam tadika. Sebab tadika tu ada pondok semua. Nyanyi ramai-ramai, makan ramai-ramai, tido pon ramai-ramai. Heheheh. Comel ja aku rasa kami semua dulu. Hahahaha...


Aku dan fatin. Dah besaq gajah dah pon sekarang. Dulu comel comel ja. Hahaha


p/s : rindunya zaman kecik kecik dulu...

Friday, August 26, 2011

Newbie :)

sementara menunggu waktu bersahur :D
Assalammualaikum!

Perut dah lapar tapi malas nak sahur lagi. Heheh. Just nak cerita sikit ja. Sekarang aku dah pandai buat header blog! Tengok header aku. Comel kan? Heheh. Pastu aku gak design header untuk beberapa blog lain. Macam nak test bakat la. Hehe. Antaranya ialah,


Header pertama yang aku design. Heee~



Header blog sendiri. Promote promote. Hahah :D


Header blog si buncet gemuk liat bangun pagi


Dia cakap macam Gothic Style. So, aku tukar dengan yang bawah neh.


Hope dia suka. Ehehe :)

Tak sangka aku pandai jugak buat header neh! Ehehe. Nak bangga sat. Sapa-sapa nak mintak tolong buatkan header, boleh ja. Sementara mood masih ada. Heheh :D

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat datang ke dunia berblogging Si Buncet. Thanks sebab first entry dah dedicated dekat insan yang tak seberapa neh. Ehemmm.. Heheh. Semoga terus rajin menulis eh. Jangan asyik layan blog MR K ja. Dia tu dah la suka kutuk perempuan. Nanti berjangkit pulak perangai. Jenuh aku nak tapis kutukan. Hahahah.

p/s : raya lagi 4 hari? baru perasan. hahah