stalker!hahaha

Sunday, August 28, 2011

Nostalgia Zaman Tadika

sedeh sebab gambar semua dah tak da sebab terbakar. sob sob :'(

Assalammualaikum !

Hoi! Heheh. Lately, tiba-tiba aku rasa macam penggunaan istilah 'hoi' macam best ja. Ketagih ja nak guna. Hehehe. Selalu ja dok hoi hoi Si Buncet. Hahahahaha. Rasa macam rock tak rock ja. Ganster :) Ehehehe

Ok. Berbalik kepada tajuk entry. Tiba-tiba ja tau aku teringat pasal zaman tadika aku. Zaman hingusan :) Neh semua sebab cousin aku la, Fatin. Hari tu, macam mana ntah terbukak hati nak usha blog dia. Tiba-tiba dekat part about me dia tu, aku ternampak dia cerita pasal aku. Sumpah aku terharu! Dia tulis macam neh :

"masa tadika dulu aku selalu berebut buaian waktu rehat . tapi sebab cousin aku ketua darjah aku selalu dapat main buaian tak payah berebut . syookk oouu . "

Cousin yang kat atas neh refer kepada aku la. Hehehe. Kalau hampa jadi aku, agak-agak hampa terharu dak? Terharu kan? Kan kan kan? Eheheh. Dia buat aku teringat balek kenangan lalu laa... Dulu aku ketua tadika tau! Jangan buat maen. Kecik-kecik dah otai ok. Hahah. Aku tak sure la macam mana aku dilantik. Maybe sebab aku comel kot dulu. Sebab tu cikgu pilih aku. Kahkahkah :D

Aku ingat lagi, dulu kan pagi-pagi bila sampai tadika, aku kena pegi ofis dulu. Amek Buku Rekod Kehadiran kat ofis. Terkedek-kedek naek tangga sebab ofis kat tingkat atas. Aku rasa mesti aku comel gila dulu sebab bebudak besar selalu ja kaco aku ondaway nak naek tangga tu. Yela, dengan rambut ikat dua, pakai reben kaler merah, mata besar macam ikan, alololo, rasa macam comel ja. Heheh. Pastu kena bagi kat cikgu tadika. Pastu kan, kalo cikgu tak da sebab pegi meeting kan, aku la kena jaga tadika tu. Ehehe. Tau tak aku buat apa kalau aku jumpak orang bising? Aku CUBIT sampai keluar isi. Kehkehkeh. Garang nak mati aku dulu.

Bestfren aku time tadika neh ada dua orang. Cousin aku neh(Fatin) dengan Syahida. Kami panggel dia Syida. Depa dua ja aku tak pernah cubit. Jaga kawan la kononnya. Berat sebelah. Hahah. Memang pon! Kesah apa aku. Lagipon, tak da nya mak bapak kengkawan aku mai serang mak aku sebab aku cubit anak depa. Heheh. Tu yang dok buat selalu tu :p

Pastu, ada lagi kebaekkan jadi ketua tadika neh. Sebabnya, aku yang pegang kunci taman permainan kami. So, bila mai time rehat ja, kami boleh pegi maen kat taman tu. Kami dulu suka berebut nak men buaian. Tapi aku dengan cousin aku tak payah berebut pon. Sebab aku yang bukak kunci. So, orang pertama yang akan masuk mesti la aku! And lepas boleh masuk ja, aku akan pecut pegi kat tempat buaian dan jaga dua buaian siap-siap. Satu aku nak men, satu cousin aku punya. Buaian ada tiga ja. Nampak tak kuasa veto aku dulu? Bila dah puas main baru aku bagi buaian tu kat orang laen. Huahaha :D

Lagi, cerita pasal puzzle. Time tadika, aku suka gila maen puzzle. Alaaa, benda yang susun-susun tu. Aku selalu menang kalo maen benda neh. Sebab tu aku suka maen. Hahah. Sampai sekarang aku ingat kot. Nostalgia gila. Maen masak-masak dalam tadika. Sebab tadika tu ada pondok semua. Nyanyi ramai-ramai, makan ramai-ramai, tido pon ramai-ramai. Heheheh. Comel ja aku rasa kami semua dulu. Hahahaha...


Aku dan fatin. Dah besaq gajah dah pon sekarang. Dulu comel comel ja. Hahaha


p/s : rindunya zaman kecik kecik dulu...

Friday, August 26, 2011

Newbie :)

sementara menunggu waktu bersahur :D
Assalammualaikum!

Perut dah lapar tapi malas nak sahur lagi. Heheh. Just nak cerita sikit ja. Sekarang aku dah pandai buat header blog! Tengok header aku. Comel kan? Heheh. Pastu aku gak design header untuk beberapa blog lain. Macam nak test bakat la. Hehe. Antaranya ialah,


Header pertama yang aku design. Heee~



Header blog sendiri. Promote promote. Hahah :D


Header blog si buncet gemuk liat bangun pagi


Dia cakap macam Gothic Style. So, aku tukar dengan yang bawah neh.


Hope dia suka. Ehehe :)

Tak sangka aku pandai jugak buat header neh! Ehehe. Nak bangga sat. Sapa-sapa nak mintak tolong buatkan header, boleh ja. Sementara mood masih ada. Heheh :D

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat datang ke dunia berblogging Si Buncet. Thanks sebab first entry dah dedicated dekat insan yang tak seberapa neh. Ehemmm.. Heheh. Semoga terus rajin menulis eh. Jangan asyik layan blog MR K ja. Dia tu dah la suka kutuk perempuan. Nanti berjangkit pulak perangai. Jenuh aku nak tapis kutukan. Hahahah.

p/s : raya lagi 4 hari? baru perasan. hahah

Wednesday, August 24, 2011

Menyesal

tengah berfikir =,=''

Assalammualaikum :)

Dah nak raya kan? Berapa hari ja lagi. Semua dok sebok-sebok buah kueh raya semua, baju raya, shawl raya. Eh? Aku tak beli shawl raya lagi! Haiyoo. Ok2. Actually, aku tak nak cakap pasal raya pon. Aku tengah menyesal neh...

Pernah tak hampa semua rasa menyesal lepas buat sesuatu? Tipu la kalau tak pernah. Manusia memang selalu macam neh. Suka bertindak ikut perasaan bukan ikut akal. Last-last baru nak pikir balik. Haisyhh. Aku tengah cakap kat diri sendiri neh. Yang laen jangan terasa lak.

Ceritanya macam neh, ada seorang perempuan neh. Kami berkenalan sebab 'sesuatu'. Aku tak pernah jumpa dia pon. Tapi biasa la kan, sekarang zaman dah canggih. Kami 'jumpa' melalui Facebook. Dia inbox aku mengenai something yang aku rasa boleh mencabar kesabaran aku di bulan Ramadhan neh. Tapi tak pa. Aku layan ok ja. Balas pon berlapik ja. Tapi dia terus-terusan mengasak aku dengan benda yang boleh buat kesabaran aku tinggal senipis kulit bawang. And of course, last sekali.. BOOMM! Aku meletup jugak la. Meletup cara aku la. Haha. Aku bukan reti sangat pon nak fire orang neh.

And guess what, sekarang aku rasa menyesal pulak. Rasa bersalah pon ada. Aku rasa macam aku salah sebab melayan. Aku sepatutnya abaikan mesej tu. Buat macam tak pernah dapat. Tapi biasalah, perempuan neh kekadang dia nak tau semua benda kan. Tu yang aku balas sebab mesej dia tu macam nak bagitau ada benda yang aku tak tau tapi dia tau. Err.. paham tak apa yang cuba aku sampaikan neh? Haha.

Tapi serius la, aku menyesal sekarang. Aku kalau boleh nak tolong dia. Banyak benda yang aku beralah sebab rasa macam aku patut tolong dia. Tapi dia yang paksa aku buat macam neh, dan hasilnya, aku tak rasa macam aku menang pon. Aku still rasa bersalah sebab maybe time neh dia sedih, dia susah, aku buat macam neh. Tapi nanti camna kalau aku susah pulak? Memang la aku tak buat apa-apa pon. Aku just balas balik mesej dia ja. Tapi aku takut benda yang aku cakap tu menyakitkan hati. Aku yang lebih tua dari dia sepatutnya lebih matang. Tak perlu nak ikut cara dia. Aku hanya perlu sabar sikit ja pon.

Tak pa la. Benda dah jadi. Lesson untuk aku jugak. Tingkatkan lagi kesabaran dalam diri. Hurmm.. sorry. Seriusly aku nak mintak maaf sangat. Sincerely.. Aku buat macam tu tanpa fikir betol-betol. Aku rasa macam nak lepas geram ja tanpa pikir langsung situasi yang dia hadapi.. Maaf.

p/s: aku tulis dengan harapan dia baca walaupon aku tak pasti dia baca ka tak.

Sunday, August 21, 2011

Twenty :)

permulaan :)

Assalammualaikum!

Selamat Hari Lahir yang ke-20
Ahmad Azmer bin Meerasa
:D

Sorry. Tak da kek. Tak da suprise yang gempak-gempak. Tak da hadiah hebat-hebat. Boleh spend time ja, belanja makan, bagi key chain, ajar buat bintang, karaoke, eh? banyak jugak eh benda kita buat. Hahah.

Thanks for everything dear. Errr...tiba-tiba wordless. Hoho. Segan nak tulis. Kindly check your inbox eh. Ahahahah :p

p/s: next year kita buat lagi gempak-gempak eh :)

Tuesday, August 16, 2011

relaxed :)

Assalammualaikum!

Hey hey! Mood terlebih relax hari neh. Hahah. Semalam dah dapat ubat. Lepak tepi pantai. Bersembang pasal semua benda. Bercakap pasal semua benda. Semua. Rahsia besar, rahsia kecik. Dah tak jadi rahsia. Dari sakit kepala macam nak meletup sebab pikir pasal masalah, tiba-tiba boleh hilang. Dari otak serabut, semak, sekarang dah lapang, lega :)

Betul orang cakap, kadang-kadang, sesuatu benda tu perlu diluahkan. Jangan simpan sorang-sorang. Barulah beban tu tak terasa berat sangat. Kan? Hahaha. Terapi yang sangat simple. Just bercerita. Bercerita kepada yang ikhlas nak mendengar. Tak perlu nak nasihat, tak perlu bercakap. Mendengar sahaja sudah lebih dari cukup :)

Terima kasih. Tiba-tiba terasa wujud rumah kedua pulak. Hahah. Selalunya, kalau serabut, terapi paling senang, balik rumah, tengok rumah, tengok family, tengok kucing, masalah hilang :)

Sekarang, boleh consider lepak tepi pantai untuk buang masalah kalau rasa-rasa macam tak boleh balik rumah. Eheheh. Lepas geram/stress/tekanan. Tiba-tiba rasa bangga stay dekat penang yang banyak pantai. Eh? Dah keluaq topik. Hahah

p/s : terima kasih lagi sekali :)

Monday, August 15, 2011

Emosi

pening. serabut

Assalammualaikum :|

Hai. Hari ini baru aku sedar yang aku neh sebenarnya pandai nak emo jugak. Rasa macam banyak benda yang aku buat ikot emosi ja hari ini. Ye la. Jeles kot tengok orang lain senang-senang ja nak marah, nak merajuk, nak sentap. Nak buat macam tu jugakk! Boleh?

Serabut. Sangat-sangat. Ingat best ka waktu cuti pon tak boleh spend time kat rumah? Puasa kat hostel padahal kawan lain sedap-sedap ja berpuasa kat rumah. Kena pujuk mak yang rasa-rasa macam tengah merajuk dengan aku. Kesian kat adik sebab asyik ajak shopping tapi aku tak balik rumah sebab takut. Rasa macam benda banyak tak settle lagi padahal cuti tak lama dah. Habes cuti raya awal. Kerja pulak habes lambat. Preparation untuk next sem=zero. Pointer teruk. Nak pikir study. Bukak semester, aktiviti lagi pack dari sekarang(yang neh rela hati pack kan jadual sendiri)Bila aku nak rest? Penat kot. Nak balik rumah. Rasa macam kat rumah semua serabut boleh hilang. Kan?

Kawan-kawan, kalau rasa hampa nak tacing/merajuk/marah kat aku. Buat la. Buat. Serius hampa boleh buat. Tapi aku pon boleh buat jugak. Buat bodo. Aku nak jaga hati sendiri pulak la sekarang. Penat la asyik fikir pasal orang lain ja. Aku dah cuba sebaik mungkin kot nak jaga hati semua pihak. Dah sebaik mungkin. Tapi dah hampa nak terasa jugak. Tak pa. Go ahead. Sorry kalau statement kasar. Tapi aku tak tulis benda neh untuk semua orang. Hanya untuk orang tertentu ja. Sebab ada lagi kawan aku yang boleh faham aku. Thanks :)

Eh, mood dah ok. Haha. Neh yang best bila tulis blog neh. Haha. Ka aku neh memang jenis cepat sejuk? Hahah. Ntahpapa. Waaaa.. nak mengamuk jugak! Nak emo! Hahah :p

p/s: menangis kadang-kadang penawar yang baik kan? haha :')

Kisah Dongeng

currently addicted to this song :)

Macam lama tak tulis belog. Ahaha. Kali neh malas nak cakap banyak. Just nak cakap pasal lagu neh. Mula-mula suka dengar melodi ja. Search lirik. Lirik dia best kot. Ahaha. Sedih pon ada gak. Tapi aku layan ja :)

Kisah Dongeng (Stacy)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

p/s: harap-harap kisah aku bukan kisah dongeng :)



Wednesday, August 3, 2011

Perempuan dengan 'insecure' nya

selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Hari kedua berpuasa. Komen? No komen. Errr... Rasa macam tak puasa ja. Hahahaha. Ok, sudah. Tak nak intro panjang berjela. Bukan nak cakap pasal puasa pon. Aku just nak cakap pasal perempuan. Ehehe. Lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Ye la, dah belog aku, mesti la cakap pasal aku. Logik kan? :)

Aku tak tau la benda neh jadi kat aku sorang or kat semua perempuan. Pernah tak rasa 'insecure'?Perasaan tak selamat. Tak selamat kat sini bukan bermaksud rasa macam bahaya nak kena culik/rogol/bunuh ka. No no no. Bukan macam tu. Tak selamat kat sini lebih kepada secara peribadi. Ehem. Tiba tiba rasa malu nak tulis pulak. Ahahaha.

Aku selalu rasa macam neh tau. Contoh yang paling utama la kan, pasal fizikal aku. Muka la senang cakap. Aku tak da la rasa aku cantik gila gila tapi kategori boleh tahan la jugak kot. Ehem. Kadang kadang bila keluar, jumpa perempuans yang lagi cantik, aku mula rasa macam rendah diri. Tambah tambah bila keluar dengan Si Buncet. Rasa macam aku tak cukup cantik ja. Takot dia usha perempuans lain la blablabla. Tengok, secara tak lansung aku rasa insecure dan tak percaya kat Si Buncet. Ahahah. Ntahpapa!

Neh tak termasuk perasaan insecure bila tengok ex-gf/member/cousin Si Buncet tiba tiba lagi cun dari aku. Hahaha. Memang rasa tak selamat. Bukan nak tuduh or cakap Si Buncet neh tak setia/kaki perempuan ka apa, tapi perasaan tu datang sendiri tau. Aku cemburu kot? Maybe. Hahaha. Bagi aku, aku tak kesah bf aku macam mana. Comot, selekeh, serebeh, serabai etc. Semua aku tak kesah. Tapi aku tak rasa lelaki semua nak gf dia jadi macam tu. Lelaki suka tengok benda cantik kan? Kan3? Neh pemikiran aku la. Hahaha.

Neh cakap pasal muka ja. Belum masuk bermacam-macam lagi insecure yang aku pernah rasa sampai membawa ke arah pergaduhan dan akhirnya... berpisah. Sebab tu kadang kadang, aku tak percaya sangat long distance relationship. Memang la nampak macam kurang kepercayaan. Tapi benda neh semua pernah terjadi kat aku kot. Dan mungkin juga aku letak kepercayaan yang tinggi dekat lelaki yang salah? Hahah. Takpa takpa. Pengalaman ja semua tu.

Berbalik kepada insecure, ntah la. Dah tak tau la nak tulis apa. Tadi stop sat sebab nak berbuka. Sekarang idea dah lari. Hahaha. Nanti nanti la aku cerita balik. Bye :)

p/s : thanks Si Buncet sebab hantar makanan tadi :)


Monday, June 20, 2011

penat la bila deal dengan benda yang relate dengan hati. orang terasa hati, orang merajuk dengan aku. haihh.. aku pon reti terasa jugak. aku pon reti merajuk jugak. tapi kenapa aku boleh setel down benda tu sendiri. tapi kenapa orang dengan aku tak leh buat macam tu. bukan aku tak pernah terasa hati. pernah ja. tapi tanpa orang tu tau aku terasa dengan dia, aku dah ok dah.

penat la macam neh. aku jaga hati orang. cuba sedaya upaya tak mau susahkan orang. tapi aku end up, sakit hati sorang sorang. serius aku dah penat. nak mengamuk, aku tak reti. nak buat bodo, rasa bersalah. nak mintak maaf, taktau nak wat macam mana. and dah try pon,tapi tak dak respon. sedih tau! :'(

aku bukan kuat sangat pon. haha. bajet kuat. tapi bila sorang sorang nangis jugak. haha. tulis entry pon tak tau la apa sebab nya. tengah bercelaru sekarang. aku rasa aku perlukan masa la nak kenal hati sendiri. aku rasa, macam aku tak kenal ja hati aku macam mana. hahah. sebab tu selalu cakap benda yang lain lain.

aku rasa banyak benda yang dalam hidup aku berubah sebab nak jaga hati orang ja. kadang kadang rasa nak abaikan semua orang, pikir diri sendiri ja. hmm.. sebab kalau jaga orang sini, orang situ dan sana kena jaga jugak. baru adil. dah tu, aku? sapa nak jaga? hahah. kan dah cakap, last last, aku yang terabai.

sebetolnya, aku sendiri pon tak paham dengan entry yang aku tulis neh. haha. tulis tanpa berfikir. memang kuar straight dari hati aku. serius. aku penat main dengan hati neh. aku takut. sebab aku rasa hati aku dah tak cukup kuat untuk terluka lagi. haisyh.

p/s:tiba-tiba rasa macam tulis entry gila. hahah

Wednesday, May 25, 2011

Nur Kasih

rasa annoyed kat somebody tapi mood still ok lagi :)
Assalammualaikum !

Perasan tak sejak akhir-akhir neh, orang selalu ja cakap pasal cerita neh. Baik di TV,Blog, Facebook, Twitter mahupun dalam percakapan seharian. Even time aku tengah tulis benda alah neh pon, aku dengar iklan pasal cerita neh kat TV.Haisyhh.. Kalau la sekarang bukan musim cuti, aku rasa la kan, aku dah sampai dah kat GSC Queensbay dah neh.

tiz cantik kan? hahaha

Seriously, Nur Kasih The Movie adalah filem Melayu kedua yang aku rasa excited nak tengok. Hahaha. First, of course la Lagenda Budak Setan kan. Memang tak leh lawan la. Cerita tu aku layan novel dia dari zaman sekolah lagi. Nur Kasih ada novel? Tak dak kan.. Hahah

Apa yang special nya cerita neh sampai aku sanggup tulis blog neh? Actually, dulu, serius aku tak teringin pon nak tengok cerita neh. Waktu zaman matriks dulu, setiap Jumaat ja, mesti kecoh punya bilik TV dengan cerita neh. Aku siap kutuk-kutuk lagi kot. Hahah. Apa yang best sangat la cerita neh tak tau.

Balik rumah, adik aku pulak dok sambung cerita cakap Nur Kasih best la, hero hensem la, heroin cantik la, blablabla.. Whatever! Aku dengar ja la time tu. Layan tak pon. Adik aku kutuk pon aku wat tak tau ja.

Tiba-tiba, bila cerita neh difilemkan, aku pon tak tau kenapa tiba-tiba aku jadi excited kalah adik aku neh. Serius pelik! Maybe sebab aku tengok video clip theme song dia kot. Tengok video clip pon dah rasa sedih.. Kalau tengok filem terus? Hahah. Tak tau la. Double triple sedih la kot? Hahaha. Tu yang aku teringin sangat nak tengok neh!

Errrr..masalahnya sekarang, bila,di mana dan dengan siapa aku nak tengok cerita neh? Rasa macam nak kena tunggu adik aku habes orentasi, lepas tu heret dia terus pegi Jusco. Haha. mesti dia berterima kasih kat aku nanti sebab tolong dia release tension lepas dia orentasi. Kan3? Ehemm.. Bijak jugak aku neh! Hahah. Nak lagi gempak, heret dengan mak aku sekali. Ayah pon! Satu family la senang! Hahah

p/s: harap-harap sempat tengok kat movie theater cerita neh!

Tuesday, May 24, 2011

Soroton hari pertama, cuti bermula :)

lalalala... home sweet home :D
Assalammualaikum!

Saya sangat gembira hari neh. Hahaha. Hari neh jugak tak nak cakap pasal penat, tak larat, tensen dan sebagainya. Sebab memang hari neh mood sangat-sangat baik. Ehemmm..

Oh ya. Lupa nak cakap yang jangan tanya pasal result kat aku. Sebab sampai ke saat ini, aku tak check lagi result. Harap maklum. Dan aku bercadang nak check result bila pengumuman raya keluaq kat TV. Hahah.. Yeah. I'm serious here. Tak main-main. So, sila jangan tanya pasal result dekat aku. From now on! Hahaha :D

Cuti aku baru saja bermula. Tapi tak lama pun, sebab nak kerja pulak lepas neh. So, cuti tak cuti sangat la. So, demi tak mensia-siakan cuti aku, aku bangun awal tau hari neh. Pagi-pagi buta dah bangun. Oh, aku sangat kagum dengan diri sendiri pagi tadi. Bukan senang tau Nurul Marlina binti Mohd Salleh nak bangun awal pagi di hari cuti. Satu tepukan gemuruh untuk diri sendiri!! :D

Pastu kan, tolong-tolong mak sikit. Eh, tolong banyak! hahaha. Bertanya khabar kat kuceng. Semalam tak sempat tanya sebab sampai rumah terus masuk bilik. Lepak kat katil sampai tertido. Pastu aku online. Ehehe. Bukak youtube. Tengok tutorial cara nak pakai shawl. Hahah. Gila! Kena kutuk dengan mak semalam sebab pakai shawl serebeh macam orang gila. Tu yang pagi tadi semangat ja jelajah youtube carik ilham nak pakai shawl. Hahaha :)

Pastu, bila petang sikit, pergi melawat adik manja kat UiTM Seberang Perai. Cait punya budak. Hahahah. UiTM tu dengan rumah aku macam jiran ja kot. Tu pon, time kami pegi tengok dia kan, boleh dia tayang muka macam asam kecut dengan suara yang ala-ala baby nak nangis dah. Hahah. Kesian tu kesian la. Tapi nak tergelak pon ada gak. Baru dua hari masuk situ, kena buli sikit, dah nak nangis segala bagai. Tapi aku paham la. Aku tak leh comparekan aku dengan dia. Dia mana pernah kena orentasi lagi. Aku neh dah jemu. Dari form 1, form 2, form 4, PLKN, Matriks dan USM. Sampai dah muak la dengan orentasi neh. Macam dah tak thrill dah. Hahah. Riak sat :p

nampak tak muka adik manja aku neh? haha

Pastu pergi makan laksa dengan mak. Neh kalau cakap kat adik aku, mau dia meraung nak ikot. Ehehe. Oleh itu, aku sebagai kakak yang baik tak report la kat adik aku. Tapi seronok ja lepak dengan mak aku tadi. Berdua :) Rasa macam sweet sangat. Sembang-sembang. Kongsi air. Yela, anak-beranak jenis tak minum banyak. rugi la kalau order 2 air. Sweet kan? Ahaha :p

Dalam dok sweet tu, mak aku dok try nak korek rahsia aku. Hahaha. Serius mak aku licik. Cess.. Patot la aku licik jugak. Genetik la neh! Hahaha. Dia suspect aku ada balak baru skang. Huahaha. Aku cakap ja straight. Balak tak da lagi la mak. Skandal ada la. Huahaha. Dia senyum ja. Green light :) Ahahaha.

haha. ya ya, aku tau aku hodoh time neh. nak tunjuk muka mak aku dengan aku ja la.. padan muka adik aku gambar dia half ja. huahah :p

p/s: dulu waktu aku bercinta masa zaman sekolah, mak aku pernah larang. dia cakap, kalau dah sampai masa yang sesuai, mak tak kan larang aih ber'kawan' macam neh. aku rasa la kan, dah sampai kot masa yang sesuai tu. ahaha :p


Tuesday, May 17, 2011

Dekat di hati :)

kerja-kerja makin bertambah :)
Assalammualaikum!

Hello hello semua! Hari neh mood saya baik walaupun agak penat. Hahaha. Asal tulis blog ja mesti cakap pasal penat. Macam buat kerja teruk sangat ja. Hahaha. Inilah yang dinamakan hyperbola. Kehkehkeh :p

Tapi, serius la! hari neh penatttttt tau! Sebab tadi siang pergi main netball. Waaaaa.. nampak tak mata tengah bersinar-sinar time tulis perkataan netball neh. Hahaha :D Memang kalau tanya kat aku la kan, game apa yang paling dekatt sangat dengan hati aku, aku tanpa segan silu akan jawab, netball,netball dan netball! Walaupun sekarang dah tak la terer sangat main kan, tapi, still, aku sayang sangat-sangat kat game neh.

contoh mata bersinar-sinar. haha. tujuan asal tayang gambaq neh sebenarnya nak tunjuk lens baru. ehehe :p

Sebab aku rasa benda yang paling terbaik pernah aku buat ialah dengan perform agak cemerlang la dalam game neh. Masa zaman aku sekolah dekat High School Bukit Mertajam dulu. Kiranya team kami tak pernah la tak masuk final. Sekali tu kan, kalah waktu semi-final, mau meraung jugak la 1 team. Team netball HSBM, team terbaik pernah aku join :)

Lepas dah pindah sekolah, aku start involve game lain. Sebab malas nak bersaing. Ramai sangat pulon dengan netball neh. Start dari sini la, skill aku macam down sikit la. Tapi sampai sekarang, kalau orang ajak main, boleh lagi la nak main dengan skill yang agak berkarat neh. Eheheh :p

So, tadi! Pergi teman kak aini jadi ref dekat IKBN Bukit Mertajam. Lepas habis semua game, kami pulak yang main! Ahahah. Seriusly rasa heaven gila! Hahah. Automatik segala perangai aku waktu dalam padang terbawak-bawak tadi. Aku kalau tengah main, memang akan focus dan tak cakap banyak sebab nak simpan energy la kononnya kan. Haha. Tapi tadi bila sedar yang aku tengah main-main ja neh, baru nak hu ha hu ha balik. Hahah. Ntahpapa ja :p

p/s: tak sangka pulak mey mey boleh main netball. hahah :p


Sunday, May 15, 2011

Tetapkan hati!

sangat penat. tapi happy :)
Assalammualaikum

Rasa macam dah lama tak conteng-conteng kat sini. Memang agak lama pon rasanya. Hoho. Rindu kot. Baru malam neh ja rasa macam nak tulis jugak walaupun banyak lagi kerja tak siapkan. Eheheh. Mulanya, nak cerita pasal kem PPSL yang aku pergi baru-baru neh. Tapi macam tak dak mood dah sebab dah banyak hari dah balik. Dah tak feel dah. Hahaha.

Tapi nak komen sikit la pasal kem tu. Serius kem tu ajar aku banyak benda la. Haha. Sebab buat pertama kalinya aku demam time kem. Sebelum neh tak pernah kot. Kononnya tough la kan. Sangat mencabar ok. Sebab aku kalau demam, aku tak perlukan ubat, aku kena tidur cukup ja. Gila apa kem nak bagi tidur lama-lama. Hahaha. Serius parah. Ada sekali tu aku tersengguk dalam LDK. Sekali kena gempaq dengan abang fasi, terus terkejut tak tidur-tidur dah. Malu punya pasal sebab semua gelakkan aku. Hahah. Bila aku hidu bam kan, dia cakap aku hidu gam. Erk?? Tapi dia sangat best! :)

Jungle trekking, akademi pengantin, survival cooking, mandi hujan blablabla. Paling perit, mandi hujan. Cuba bayangkan, anda tengah demam selsema, jungle trekking bawah hujan, siap main slide lumpur lagi, lepas tu, bila balik kem, dengan tak tidurnya, solat subuh dengan badan tak selesa, lepas tu, mandi hujan yang lebat nak mati. Gila! Lepas kena hujan tu, dah la tak boleh balik bilik, kena lepak kat luaq. Entah sapa entah aku pegi peluk. Ahaha. Sebab badan aku dah terketar-ketar kalah orang parkinson. Serius rasa macam nak menangis time tu. Sejuk teramat! Sumpah lepas neh tak nak mandi hujan dah!!!

Pergi dengan balik kem kena hiking. Ini tak la teruk sangat sebab aku suka hiking-hiking neh. Ehehe. Just badan aku ja la macam tak kuat sangat. Eh, dah banyak pulak aku melalut pasal kem. Ahaha. Tak sedaq kot. Eheheh :p

Ok, berbalik kepada tajuk entry, aku just nak bagitau yang aku dah berazam nak tetapkan hati aku lepas neh. Berkenaan dengan satu benda neh. Sebab bagi aku, kadang-kadang, sesuatu benda tu perlu dilepaskan sebab kalau disimpan pon buat menyakitkan hati ja :) So, aku nak tetapkan hati nak lepaskan benda tu. Aku dah penat dah. Sebab aku rasa macam aku sorang ja yang bertungkus lumus selama neh. Nak kan yang terbaik. Tapi pihak yang lagi satu??? Hanya Allah ja yang tahu apa yang dia fikir dan nak.

So, aku dah bertekad, dah buat keputusan nak lepaskan ja... Malas nak fikir dah. Kalau memang betol aku memang untuk itu, nanti benda tu akan datang sendiri kat aku tanpa perlu dipaksa. So, tak perlu duduk dalam fasa tengah-tengah macam neh sebab aku tak cukup kuat nak tanggung kalau jawapan benda yang aku tunggu neh negatif. Lagi lama simpan, lagi parah. Lebih baik lepas sekarang :)

p/s: sangat susah nak lepaskan sebab aku dah mula sayang....

Sunday, May 8, 2011

Rumit la jadi perempuan =,=''

penat sebab baru habis shopping...
Assalammualaikum :)

Mood baik walaupun penat. Hahaha. Mana boleh tak baik. Baru beli shawl baru 3 helai. hahah. 3 lagi? Hari tu 3 lens. Sekarang 3 helai shawl baru! Aaaaa. Tak sabar nak pakai. 2 lagi lens yang tempah tu pon tak pegi amek lagi. Oh! duit lagi!

yang paling atas tu kaler greyhitam, pastu pink dan purple! semua pashmina! :)

Lepas tu, facial cleanser pon dah habis tadi. Beli baru lagi. Baru minggu lepas beli shampoo,conditioner dengan shower gel! Eyeliner dark brown pon dah habis. Aku dah la tak suka pakai eyeliner hitam. Nanti nampak macam mata burung hantu ja. Kena beli lagi! Haiyaaa.. duit lagi....

Belum masuk cerita private stuff lain yang kena beli tiap-tiap bulan. Hahaha. Baru sedaq rupanya rumit la jadi perempuan neh. Banyak barang sangat. Kang kalau tak jaga semua benda neh, mula la suami/boyfriend complain. Pastu pasang scandal baru. Hadoiii..

Tapi kalau nak jaga pulak, rumit macam neh la. Neh belum masuk cerita baju dan seluar yang kalau boleh semua kaler dia nak ada, kasut dan beg yang tak pernah cukup satu, inner tudung yang kaler-kaler kalah kaler pelangi, segala keronsang dan aksesori tudung punyala banyak sampai boleh bukak kedai, cream muka, lip balm, perfume, blablabla. Kalau nak suruh aku list out semua benda yang normally perempuan guna, sampai ke subuh esok tak habis lagi menaip. Hahaha.

Neh baru luaran. Yang part dalam-dalam tak kira lagi. Rumit kan? Kadang-kadang, aku macam malas ja nak amik kisah pasal semua neh. Tapi tu la, tak kan nak comot, sememeh ja setiap masa kan? Perempuan kan naluri dia nak cantik-cantik ja. Hurm, nak wat macam mana kan. Dah memang diciptakan macam neh. Eheheh :)

Bagi perempuan yang tak detail sangat macam aku neh pon, aku dah rasa macam expense aku every month agak tinggi la. Tak tau la macam mana perempuan yang sangat-sangat menjaga penampilan diri. Berapa agaknya eh depa habiskan duit? Hahaha. Tak tau la. So, lelaki-lelaki di luar sana, jangan la selalu complain-complain sangat. Rumit tau jadi perempuan. Kalau rasa nak wife/girlfriend hampa sentiasa berada dalam keadaan yang tiptop, hulur-hulur duit la samaaa... Hahahahah :p

p/s: tiba-tiba baru sedar yang aku patut cari husband yang berkerjaya gempak. baru senang hidup. huahahahah :p

Thursday, May 5, 2011

Ayat-ayat Cinta

love is in the air :)
Assalammualaikum

Heheh. Ok. Tak payah kutuk. Aku tau aku dah ketinggalan. Haha. Berkurun lamanya baru nak melayan cerita neh. Ok hapa? At least aku tengok jugak. Ehehehe :p

Sedih la cerita neh! Huwaaaaa! Serious sedih! Aku memang dah menangis dah tadi. Agak-agak sampai part sedih ja kan, terus aku ajak adik aku keluar pegi beli KFC. Eh, dengan lens baru sekali. Tiga kaler. Waaaa! Tak sabar nak tukar-tukar kaler mata. Ehehe :)

tengok gambar pon dah nampak sedih kan? kan kan kan?

Eh? Nak cakap pasal Ayat-ayat Cinta la! Ha... Lepas keluar kan, aku macam tak sedih sangat la. Tak larat la nak nangis. Minggu neh dah banyak nangis dah. Ehehe. Pastu, bila balek, sambung tengok. Aku tak focus sangat. Sambil mesej, comment-comment kat Facebook etc. Dalam tak focus pon, agak touching jugak la tadi.

First, waktu Fahri kena tangkap. Pastu, Aisha call mak Fahri yang ada kat Indonesia. Time tu, dengar mak Fahri backup Fahri, memang sangat-sangat touching kottt. Serius boleh menitis air mata. Pastu, Aisha pulak punya la nak cover nangis dia kan, siap tutup gagang fon tu. Padahal dia meraung sama kuat ja dengan mak mertua dia tu. Sob sob sob :'(

Pastu, part yang Aisha nak suruh Fahri pegi kawen dengan Maria. Siap guna cincin kawen dia dengan Fahri lagi. Sangat menyentuh kalbu.. Aku cuba imagine aku kat tempat Aisha. Rasa macam tak terbuat kot. Dah la tengah pregnant time tu. Tak sanggup nya nak berkorban macam tu. Tak cukup kuat. Kalau jadi jugak kat aku la kan, at least aku akan suruh husband aku pegi beli cincin baru. Bukan guna cincin kawen kami. Part Aisha lari keluar dari ward Maria lagi la. Sedihhh......

Lagi.. Waktu Fahri bebas dari tuduhan rape Noura. Yang neh aku rasa lebih kepada rasa sedih yang seronok. Eh? macam pelik ja. Errr.. terharu kot? Haaaa.. Betoila. Part neh macam terharu sikit. Menangis kegembiraan la lebih kurang :)

Part yang Aisha macam berebut Fahri dengan Maria pun sedih jugak. Time neh, aku realise la, poligami bukan benda senang. Susah kot nak buat. Tak sanggup aku tengok husband sendiri mesra-mesra dengan perempuan lain dan aku tak boleh nak marah. Haisyhh, perasaan yang sangat tak boleh digambarkan. Tapi kita tak boleh reject poligami jugak kan? Mana boleh tolak hukum agama. Tapi aku mintak sangat-sangat husband aku nanti tak terfikir lansung nak berpoligami. Aminn :)

Last yang sedih, part Maria mati la. Mati time dia sembahyang. Sedih ja. Sebab Maria tak salah pon dalam cerita neh. Dia sangat baik. Aisha pon. Dua-dua baik. Fahri pon baik. Neh la yang dinamakan jodoh dan ketentuan. Hurmmm...

Habis dah review pasal cerita neh. Eheheh. Serious cerita neh sangat berbaloi untuk dilayan. Banyak pengajaran sangat-sangat. First time aku tengok movie yang ada unsur poligami yang betul-betul islamic punya. Tak da merapu macam kebanyakkan cerita lain :)

p/s : teringin nak lelaki macam Fahri. tapi dia terlalu baik untuk perempuan macam aku. hurmm..

Pelik!

huarghhhhhhhhh!!! mengantuk.....
Assalammualaikum :)

Dah habes pon satu hari yang membosankan. Ehehe. Aku tidur ja sepanjang petang tadi. Bangun-bangun, tengok jam, eh dah pukul tujuh la! Rasa macam baru lima minit ja tidur. Ahaha. Tak sedaq diri betoi!

Bila bangun tu, rasa macam blur sat. Sebab tidur depan TV. Aku rasa la kan, ada watak dalam drama kat TV yang terpasang tu, termasuk dalam mimpi aku. Huahaha. Serius pelik! Rasa macam aku berlakon sekali ja dengan Puteri Sarah Liyana tu. Ahaha. Cerita apa ntah kat TV3 pukul tujuh. Cinta Antara Kita kot tajuk dia. Ehehehe.

haaaa..betoi la tajuk cerita tu Cinta Antara Kita :)

Pastu, macam biasa, online, kacau orang, semakkan status orang, cakap fon, mesej-mesej, blablabla.. eh! Dah pukul satu dah. Tak sedaq lansung kot. Dan yang paling pelik kat sini, baru pukul satu, aku dah mengantuk! Serius tak remaja la hari neh. Ahaha. Mungkin mengantuk sebab terlalu bosan kot? Hurmm.. mungkin!

So, di kesempatan yang ada neh, aku mengambil kesempatan nak wish happy 20th birthday dekat my beloved, gorgeous friend, Puteri Nur Suraya atau nama mesranya yang aku sorang ja panggil, Pupu! Semoga cepat kawen Pupu ku sayang! Hahaha. Dah 2o tahun! Kesian Megat nak tunggu lama-lama. Ehehe. Rindu ang la weh :(

Pupu buat muka comel! ahaha :p

Eh, mengantuk dah hilang la pulak! Ahaha. Serius ang pelik hari neh Marlina oi! Hormon disorder nak menyerang lagi ka? Hahahaha. Rasa macam tak sebab mood macam tengah ok/happy ja :D

p/s : terfikir nak buat apa la esok untuk mengisi masa lapang? Zzzzzzzzz......

Wednesday, May 4, 2011

Tak jadi keluar....

neutral. kosong
Assalammualaikum :)

Selamat pagi! Eh, silap! Selamat tengah hari :) Dah pukul satu rupanya. Hahaha. Apasal rasa macam pagi lagi neh? Pukul satu tapi kat rumah lagi. Semalam rancang pukul 11 dah nak keluar. Ini maknanya, aku tak jadi keluar la. Hahahahaha. Eh, silap mood. Huhuhuhu :(

Mengada teruk! Hahaha. Cilok ayat coursemate aku. Kehkehkeh. Aku agak semangat la nak keluar hari neh. Siap suruh Hana mesej aku. Mesej ja. Tak perlu kol sebab aku senang terjaga. Suruh dia mesej sebab takot jugak pukul 11 aku masih terbongkang atas katil lagi. Dan memang aku masih lagi terbongkang time dia mesej. Pukul 10 kalau tak silap aku. Suro siap and siap cakap dia pon baru bangun. Haha. Dua-dua pemalas bangun lambat!

Tapi macam biasa, aku bukan jenis bangun tidur terus pegi mandi. Aku kena ada time bergolek-golek atas katil, mengelamun dulu, baru feel nak bangun. Haha. Tengah-tengah layan perasaan tu, tiba-tiba fon berbunyi. Eksaited sat kot-kot secret admirer mesej ka. Tengok-tengok Hana lagi! Pesal lak budak neh. Tak kan dah siap. Magik!

Rupa-rupanya dia nak cakap kami tak jadi keluar sebab Laily and Fatin ada hal. Tak leh nak hang out hari neh. Tak kan nak keluar berdua? Tak best la kan? Hurmm.. Tak pa la. Aku ikut ja. Lagipon cuti masih panjang :)

So sekarang, tengah tunggu Pakcik/Abang Streamyx datang rumah setting wifi kat rumah aku. Dari dulu lagi masalah. Tension aku!

p/s : aku dah start rasa boring yang melampau. hahaha. nak tidurrrrrr ja la pasneh :)

tak sabar!

lalala. riang ria berada di rumah

Assalammualaikum! :)

Hello semua. Selamat malam! Mood tengah baik sangat-sangat sebab ada kat rumah sekarang neh. Walaupun sekejap, sebab lepas neh nak kena pegi USM balik. Ada kem. Hurm. Hahaha. Bajet ja. Padahal, eksaited ja nak pegi kem neh. Eheheh :p

Tadi waktu kemas barang nak balik, tiba-tiba rasa sedih. Hahaha. Mula nak bermelankolik pulak emosi neh. Dah la semalam buat post psiko, pastu bila orang nak baca, tak bagi. Whatthe..?? Gila hapa? Kalau tak mau orang baca jangan la tulis kat blog. Gila betul! Hahaha.

Yang hari neh pulak, tiba-tiba jadi sedih happy sedih happy. Tengok post neh pon dah tau emosi aku tengah bercelaru. Actually, aku rindu USM la. Hahaha. Bukan USM sangat la. Tapi orang yang ada kat USM. Hahaha. Tak pasal kan? Pada masa yang sama jugak, aku nak balik rumah. Ahh, sudah. dia start nak buat split personality pulak. Makin parah aku neh.

Tak sabar la nak tunggu esok! Nak hang out dengan kawan-kawan rumah pulak! Oh yeah! Tak sedaq diri tengah pokai. Ehehe :p Tak kira, tak kira! Nak keluaq jugak! Sebab rasa macam boleh jadi gila kalau biaq aku macam neh. Hahaha. Entry pon dah bercampur-baur. Dan aku pon tak tau motif entry neh. Hahaha

p/s: rindu..... :(

Monday, May 2, 2011

Menangis bila sedih tu normal kan?

:'(

Assalammualaikum...

Aku tak tau apasal dengan aku malam neh. Aku tak patut sedih sebab neh. Aku tak da kena-mengena dengan benda neh,dengan dia. Aku tak patut marah sebab neh. Aku tak patut....hurm.. Serius aku blur. Rasa lonely gila. Selamat esok malam dah nak balik rumah. Kalau stay kat sini lagi, aku tak tau la jadi apa kat aku.

Tadi, aku mesej roomate aku. Tiba-tiba time mesej dia tu, aku menangis. Beria menangis macam ada orang mati ja. Sampai tak boleh nak makan padahal time tu lapaq gila. Siap beli nasi sampai 2 bungkus. Sekarang satu pon tak habes :(

Lepas tu, bila dengaq lagu pon boleh nangis? Someone! Could you please explain what the hell on earth happen to me right now? Argh! Bengang kat diri sendiri. Sudah-sudah la tu Marlina. Sedaq diri sikit. Tak perlu nak sedih kat benda yang tak perlu. Tak perlu nak sedih kat orang yang tak pernah pandang ang lebih dari seorang kawan. Dia kawan ang ja. Bukan lebih-lebih yang ang nak berperasaan lebih-lebih macam neh!

Lain kali, hati-hati sikit dengan hati sendiri. Kalau dah tau hati tu fragile, jangan cari pasal. Duduk diam-diam, jangan kacau orang. Nanti jadi macam neh la. Jangan buat-buat kuat padahal diri tu tak kuat mana pon. Nanti sorang-sorang jugak makan hati, nangis sampai bengkak mata-mata. Tak da orang nak kisah pon..

Sampai bila nak hidup macam neh? Control diri sikit. Jangan cepat leka kalau ada orang buat baik sikit. Jangan selalu bergantung kat orang. Yang penting! Jangan cepat perasan. Please la. Tolong la diri sendiri. Tak rasa penat ka selalu sangat down to the earth sebab benda-benda yang macam neh? Fikir la baik-baik..

Hmmm.. Ok! Sudah! Berhenti menangis sekarang! Sambung packing barang! Jangan buka lagu sedih-sedih! Cheer up! Jangan buang air mata kat benda yang tak perlu!

p/s: bila la nak stop dari jadi lemah bila melibatkan hati dan perasaan ?

Rahsia kasih sayang mengikut bulan-Mac

boring, tak tau nak buat apa. hahah

Assalammualaikum :)

Tau tak, tadi kan, dah boring tak tau nak buat apa, aku pergi la meronda-ronda dalam Facebook. Hahaha. Sangat-sangat tak thrill ok. Tapi ok la dari duduk merenung siling ja dalam bilik neh kan. Nak tidoq, baru bangun ja kot. Memang susah la nak lelap balik :)

Berbalik kepada ronda-ronda kat facebook, aku terjumpa satu gambar neh

kalau agak-agak tak nampak, boleh click kat gambar eh :)

Mula-mula jumpa gambar yang ala-ala macam neh dalam Facebook, aku macam tak layan sangat. Sebabnya, aku tak terjumpa yang bulan Mac punya,bulan lahir aku. Haha. Tengok bulan lain memang tak teringin la nak baca. Tadi first time jumpa yang Mac. Heheh. So, aku nak ulas sikit. Ehem! :p

1. Mudah menawan hati pasangannya.
Heheh. Sat-sat nak bangga. haha :D Seriously, aku tak leh nak ulas pasal benda neh. Kena tanya pasangan orang bulan Mac la kalau nak tau betol ka tak. Nak tanya kat pasangan aku pon tak boleh. Sebab tak da pasangan lagi. hahah. Sadis :')

2. Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
Hurm. Betul. Tapi kan, ada ka orang yang tak mau didampingi oleh pasangan masing-masing selalu kan? Mesti semua nak kan? So, aku rasa macam benda neh, keinginan semua orang la. Bukan sekadar yang lahir dalam bulan Mac ja :)

3. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
Mesti la! Dah nama pon perempuan. Semua perempuan pemalu. Tambah-tambah kalau melibatkan isi hati. Kalau nak beri pendapat dan idea, neh aku tak malu. Nak suruh bercerita pon aku tak malu. Sampai ke subuh aku boleh bercerita. Hahaha :D

4. Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
Umum! Sesiapa yang 'in a relationship' tak kisah la relationship apa pon kan mesti la sentiasa jaga relationship depa tu. kan kan kan? Sangat baik? Hmmm, sangat betul! Haha. Aku maybe seorang yang terburu-buru time nak start relationship. But once dah 'in a relationship' serius aku jaga elok-elok hubungan tu. Tak kisah la starting relationship macam mana pon. Tapi semua failed jugak! Padahal dah jaga sangat-sangat baik dah! Hahaha. Tak da jodoh la tu :)

5. Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
Jujurnya, memang susah. Tapi tak mustahil. Hahaha. Lama-lama, lupa juga. Time will heal everything :) Bila dah lama-lama neh, teringat tu masih ada, tapi teringat yang lintas kat kepala ja. Lansung tak da kesan kat hati pon. Walaupun memang dulu cinta separuh mati kat dia. Hahah. Satu kelegaan tau bila dah lepas fasa neh :)

6. Perasaan yang cemburu yang minima.
Hahaha. Part neh tak leh blah sikit. Sebab betul! Aku selalu ja buat-buat cemburu. Motif? Cari pasal nak merajuk. Huahahaha. Padahal, sikit tak cemburu pon! Tapi, minima tak bermaksud tak akan ada lansung ok? Cuma sikit ja. Selalu sangat fikir positif. Boy sendiri rapat, keluar berdua dengan perempuan pon boleh terima lagi, bodoh kan? Hahah :p

7. Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
*tutup muka* Malu! Hahaha. Gedik tiba-tiba. Hmm, betul la kot neh. Hahaha. Cenderung untuk manja dengan orang yang rapat dengan aku. Even dengan roomate pon kadang-kadang merengek tak tentu pasal. Haha. Arwah abahwan aku pon panggil aku manja instead of using my own name. Hurm. Rindu dia :( Kalau dengan pasangan, hahaha, manja kottt. Malas la nak mengaku :p Tapi part ingin dimanjai tu kan, ada orang yang tak mau ka? Semua nak kan? Hahaha. Bukan orang lahir bulan Mac ja :p

8. Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
Dush! Tepat kena kat batang hidung sendiri. Hahaha. Kadang-kadang tu, memang tak waras! Kalau lelaki tu pembunuh pon, aku boleh terima dia as long as dia layan aku baik. Haha. Gila! Jangan time nak pilih husband, aku buat macam neh sudahh. Hahah. Neh jugak reason kenapa aku single sampai sekarang. Sebab aku rasa macam kalau aku pilih, aku takut aku buat salah lagi. Hahah. Paranoid :)

9. Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
Ermmm. Aku tak paham sebenarnya ayat neh. Hahaha. Kalau ayat neh maksudkan aku nak partner aku suka buat suprise, romantik, tau time aku bad mood, pandai layan kalau mood aku swing etc sebagai keistimewaan, betul la tu. Memang aku nak pon semua keistimewaan neh. Hahaha :)

10. Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
Tipu tipu tipu! Hahaha. Aku bukan tuduh melulu. Aku just cakap ja apa yang terlintas kat otak aku neh. Hahaha. Bukan tuduh ok. Kalau ada good explanation, aku ok ja. Tak da nya nak lanjutkan isu tu. Lain la, kalau tiba-tiba gagap nak menjawab kan. Memang something wrong somewhere la. Sekali lagi ditegaskan, bukan menuduh ok? :)

11. Berprasangka terhadap pasangan.
Mak aku sendiri yang suruh buat macam neh. Dia cakap lebih kurang macam neh la:

''Kakak, nanti kalau dah kawen, jangan percaya 100% dekat husband kakak tu. Mak bukan nak ajar benda tak baik, tapi benda neh penting. Kita tak tau benda yang bakal terjadi. So, prepare diri sendiri sebelum diri sendiri yang merana''

Tengok! Aku kena ikut cakap mak! Haha. Lagipun berprasangka bukan bermaksud yang buruk ja. Boleh ja berprasangka baik. Eheheh :)
*actually, mak aku pon lahir bulan Mac jugak. hahah :p*

12. Pasangan Ideal : Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
Haaaa.. yang lahir bulan lain tu, jangan la frust. Huahaha. Ayat bajet hot. Eheh! Bagi aku, benda neh tak betol sangat pon. Semua bergantung kat jodoh gak. Serius tak pernah terfikir pon nak reject orang yang lahir selain dari bulan-bulan yang tertera di atas. Huahaha :D

13. Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.
Erk? Orang Malaysia pon banyak hapa. haha :)

Ok! Dah habis memuji dan mengutuk diri sendiri. Hahaha. Tapi boring tak hilang-hilang pon. Hahah. Failed!

p/s: kadang-kadang susah kan nak reject benda yang kita nak sangat-sangat tapi benda tu akan buat orang lain sedih kalau kita terima :(



Thursday, April 28, 2011

Hargai yang tersayang


bila boring sebab exam dah habes :)

Assalammualaikum

Tadi aku wat facebook newsfeed walking. Hahaha. Tiba-tiba terjumpa benda alah neh. Sangat manis tau bila baca. Rasa macam
''Oh! Bila la aku boleh buat macam neh agaknya eh? hahaha''

So, terdetik kat hati nak kongsi dekat blog neh. Eheh! :p

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."


5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia


6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.


7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.


10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


love is in the air. buah strawberry pon dah jadi bentuk love. haha


Manis tak? Hahaha. Manis kan. Rasa macam, nak buat dan kita pon nak orang buat kat kita. Ehem! Post aku makin hari makin nak berjiwang ja neh. Hahah. Aku pon tak tau kenapa. Nak kata sedang bercinta, tak pon. Hahah. Entahlaaaaaaa :p


p/s: sedang ingin bercinta kot? hahah :p

Friday, April 22, 2011

Kenapa Exam Perlu Wujud?

tensionnnnnnn gila :(

Assalammualaikum

Serius aku tension hari neh. huwawawa. Tak tau la pasai pa. Tiba-tiba rasa macam nak merajuk. Pastu rasa macam nak suruh orang pujuk. GILA! Aku nak merajuk kat sapa? Dan yang paling penting, sapa la yang teringin nak pujuk aku? Aiseh. Neh tak laen tak bukan, exam lah punya pasal!

study punca utama tension :(

Grrrr. Time exam ja hormon aku jadi tak betoi kalah orang period neh. Hari kedua exam pi wat benda errr... kurang bijak lagi! Boleh pulak tak bawak kalkulator time paper inorganic chemistry. Gila! Nak menganga hantaq kertas kosong ka Cik Marlina oii!

Lepas tu, ada la orang tu, dia tak wat salah apa pon, tiba-tiba aku nak tacing-tacing segala alam kat dia. Whatthe? Demam ka Marlina? Sasau ka? Ka ang angau? Hahahaha. Rasa-rasa macam yang last tu kot. Angau kat seseorang yang tak patut diangau-angaukan. Parahhh!

Tapi tak pa, tunggu ja final paper. Nanti normal balik lah neh. Biasalah tu. Time tengah tension ada orang care. Memang wat aku syok sendiri laa. Tu yang bila dia wat bodo aku rasa macam nak hempuk kepala dia dan cakap, tolong care lagi kat aku boleh tak? Aku dah nak tersuka kat ang neh. Baik ang bertanggungjwab lekaih! Hahaha. Mau dia lari ketakutan kalau aku buat macam neh.

So, kesimpulannya, tak jadi la nak suka kat dia. Hahaha. Rasa macam benda neh tak patut muncul ja. Wrong timing kot. Bukan suka betoi. Terpedaya sebab tengah tension. Sekian :)

p/s: tapi serius dia sweet. ehehe :p

Thursday, April 21, 2011

kalau dah sayang..

entry sewel di musim exam :p

Assalammualaikum!

Hey semua! Hari ini nak ajak kawan-kawan semua mengimbau sedikit sebanyak tentang sejarah hidup saya. Hihihi. Tak sudi baca pon takpa. Saya lagi suka. Eheh :p

Ok. Masuk mood 'aku' balek. Cerita nya macam neh,ada member aku pernah cakap kat aku yang dia kagum dengan aku. Sebab nya? Dia cakap, sebab aku still boleh baek dengan ex aku walaupon pernah bergaduh teruk. Teruk la kan sampai boleh break. Hahaha.

Jawapan aku? Alaaa... small the matter ja tu. Anggap la mamat tu bukan jodoh kita. Forgive and forget. Pastu, baru boleh cari baru. Kalau ang sentiasa hidup dalam persaan tak suka,benci,meluat dekat ex ang tu, sampai ke mati ang akan hidup dibayangi dia. Perlu ka hidup macam tu? Tak perluuuu. Sangat-sangat tak perlu. Dia bahagia dengan orang laen, kita pula merana sorang-sorang mengenang kisah duka. Cehh. Tak style lansung lah!

So, kalau kita memaafkan dia, secara lansungnya kita akan boleh berkawan dengan dia tanpa sebarang rasa dendam di hati. Kan simple tu? kan kan kan? Tak gaduh nak santau, bomoh segala bagai aih. Syirik semua tu! Berdosa besaq taw!

''Helehh, ang sembang kencang noh marlin. Macam ang tak pernah maki/kutuk/hamun/seranah dia time hampa lepas break dulu? Siap reyau sampai bengkak mata-mata. ceh'' Kata miss dot dot dot...

Eheh! Hehehehehehehehe. Ok. Yang neh memang tak boleh elak la. Biasa la budak-budak. Tak matang lagi. Normal la tu. Dah kena tipu tak kan nak puji/sanjung lagi kan? Gila hapa? Lepas kena tipu tak kan nak ketawa/bersuka-ria/gelak lagi kot kan? Tapi! Benda neh tak payah la nak layan lama-lama. Layan ala-ala kadar sudah. Baru hidup Bahagia :)

''Tapi ang tak taw wei. Aku sayang dia gilaaa. Dah lama kot kami couple. Sampai hati dia wat camneh kat aku. Macam mana aku nak lupa dia?'' Miss dot dot dot berkata lagi.

Erk? Tu la. Laen kali kalau nak bercinta pon, simpan hati hampa tu sikit kat diri sendiri. Jangan bagi semua kat dia. Sebab, bukan ada tulis kat dahi dia pon yang dia bakal setia kat hampa sorang ja. Dan takdak tulis jugak kat pipi dia yang dia confirm nak kawen dengan hampa suatu hari nanti. Ok? Kalau dah terbagi semua jugak, berdoa la. Benda neh selalu aku buat kalau dah rasa helpless sangat. Bukan pasal cinta ja. Pasal semua benda :)

jaga hati hampa elok-elok naa :)

Apa-apa pon,ingat! Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Mana taw nanti kot kot hampa dapat pengganti yang lagiiii superb dari ex hampa tu ka. haaa. tak ka untung! chill bebeh.

p/s: single lebih menarik sebenarnya. Haha. Bak kata orang yang serik bercinta macam saya :p

Monday, April 18, 2011

exam =,='

minggu jadi skema sat :)

assalammualaikum!

hehe. exam weh exam! tak sangka semester dua aku kat usm neh dah nak habes. means, aku ada lagi 2 tahun ja kat sini. hurm. sedih! sebab rasa macam tiga tahun untuk jadi student u tak cukup ja. nak lagi nak lagi! nak extend lah macam neh! opppsss... tarik balik! tak mau ah. takot kawen lambat. hehe :p

hari ini hari pembuka exam. errr? hari first exam! haaa, baru betoi. hari first dan aku dah blur. hahaha. blur yang teramat. cari tempat duduk pun tak jumpa. nervous? ha. ha. ha. yela kot. aku rasa lebih kepada tak cukup tidur. badan penat. hurm. padahal dah sedia maklum dah, jangan tak tidur malam sebelum exam. tapi ketegaq nak buat jugak. dulu zaman sekolah dah penah jadi dah macam neh. bukan nak amek iktibar. haih!

sebut zaman sekolah,teringat time jawab spm dulu. gambaq esklusif neh.aku suruh pengawas tolong amek kan.hahaha. last paper, fizik yang tercinta <3

neh yang close up. hahaha. comot gila muka budak sekolah. huahahah :p

hasilnya, aku menjawab dengan keadaan separa sedar. mula mula, langsung tak boleh tulis sebab tangan menggeletar. yela, tak makan dari malam. tidur pon tak. kalau result teruk memang tak boleh nak salahkan sapa sapa la. terbukti diri sendiri salah!

tapi kan, tak tau la sebab apa, aku rasa bahagia ja sejak akhir akhir neh. ehem! hehehe. serius. walaupun penat, terkejar sana sini arrange program, pergi meeting, study sampai tak tidur malam, typing document sampai bengkak mata.. tapi! aku rasa macam enjoy ja. haha. maybe sebab aku buat benda yang aku suka disamping orang yang aku suka kot?

thanks to family gapp. kak aini, mey mey, basirah, ikmal, mizah, amirah etc. aku rasa macam aku boleh jadik gila kalau depa semua neh tak da. depa yang dengar masalah, orang yang betol betol ada time susah senang. huwaaa.. tiba tiba rasa mata macam nak berair. tak mau sambung tulis dah. eheh! ada la sebab sebab nya yang tak boleh dinyatakan di sini :)

neh la kak aini :)

mey mey dan ikmal :)

dua dari kiri~ basirah dan mizah :)

p/s: thanks a lot. anda semua sangat berharga bagi saya :)


Monday, April 4, 2011

.

ok. mood swing. kalau jumpa aku tepi jalan, sila lari jauh jauh

assalammualaikum

mood swing. bukan bermakna aku bad mood. hanya mood tak betul ja.(cubaan takmaw mengaku diri tu tengah bad mood) hurmmm =,=

kadang kadang, aku pon tak sedar. tapi bila dah lama lama, baru tersedar. eh, aku tengah nak ke arah bad mood neh! pastu, aku cepat cepat tenangkan diri. tapi, kali neh, aku nak biar ja. follow the flow. sebab aku rasa macam dah lama tak wat perangai macam neh.

so, cara aku melayan mood yang bakal bad neh ialah dengan berdiam diri. yeah. DIAM. kalau orang tanya, mula jawab sepatah ja. ini pon dah cukup baik. most of the time, aku angguk geleng ja. tapi ini hanya available kepada anyone yang buat aku bad mood ja. aku bukan jenis marah orang lain, lepas kat orang lain. ini perbuatan kejam.

and and and, aku hanya akan masuk dalam fasa berdiam diri bila:
  1. tengah marah
  2. tengah sedih
  3. tengah lapar
  4. tengah penat
  5. tengah sakit tekak...errr
  6. tengah merajuk
  7. tengah meluat. atau lebih tepat lagi, bila dah meluat/benci
  8. tengah PMS. opsss
  9. tengah mood swing macam sekarang

hello. seriusly aku tak suka nak tulis blog cakap pasal benda neh. tapi tu la.aku tengah sakit hati. ok. tambah satu benda lagi untuk list yang kat atas tu. aku tengah bengang jugak. grrrr. tapi takpa, time will heal everything. aku bukan senang nak marah. tapi once aku dah marah/terasa, kecenderungan untuk aku berdendam sangat tinggi :)

seronok kan boleh buat muka ketat dengan aku? haha. tapi takpa, teruskan. aku memang suka. ok. aku admit. ang baik. mana la layak aku nak kawan dengan ang. tak pa la. fine. boleh la ang get along dengan kawan kawan ang yang lain lepas neh. aku pon macam tak dak keinginan nak baik baik dengan ang dah. ok. aku dah malas nak taip sebab rasa rasa macam nak terkeluaq benda tak elok ja kalau aku terus menaip. ok stop!

p/s:harap harap esok mood aku makin ok. nak pergi berkempen kat budak budak sekolah neh. go tangisan jiwa!

Friday, April 1, 2011

happy birthday AzyanHazwaniZulkifly



1 April 2011 :)

assalammualaikum :D
dah jengket tapi aku still pendek. haisyhh =,=''

tengok tajuk! azyan! terharu dak? aku taw ang terharu. tak cakap pon aku taw dah. huahaha. ok ok. dah dah, jangan reyau. hahaha :p

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20! *boom 20x~ tembakan meriam 20 kali*

waaaaaa...teringin nak wish face to face! wat prank! makan cake! peluk cium ang! boleh imagine ja la. eheh. rindu wei. nak sembang sembang sampai ke pagi cakap pasal cinta monyet yang tak kesampaian. haha. aku taw ang kadang kadang boring dengaq. tapi aku wat wat macam tak paham. kehkehkeh.

rindulah zaman kita sebilik dulu. zaman sama sama naif. sama sama nak wat jahat padahal diri tu tak jahat tara mana pon. zaman reja nak rebel ja padahal orang suro wat benda baek. zaman kena denda ramai ramai. kena rotan, kena cubit. eh, ang mana kena rotan! grrrrr... tapi cubit 2 paling best. hahaha. :p rindu rindu rindu!

pastu, aku nak bagitaw neh, aku tak kesah pon kena usik ngn ang sampai nanges nanges. tapi harap ang tak wat dah. hahah. alaaaa, kalau sekarang ang wat pon, aku tak nanges dah aih. dah kebal. tak men r layan layan perasaan neh. zaman kanak kanak dulu boleh r. huahaha

satu g, jangan dok gaduh gaduh sangat la dengan syafiq tu. ang dah besaq dah. matured sikit! kehkehkeh. lagipon, hampa neh tak lama dah neh. tak lama g, aku bakal jadi auntie marlin la. hehehe :p

kalo kawen aku nak jadik pengapit. aku tak kira la ang nak susun macam mana kan. tapi aku tetap nak jadik gak! so, make sure kawen awai dari aku ok? hehe

pastu, soory sebab lately aku macam jarang contact dengan hampa. macam tak syok la plak kan. rosy ngasat ngasat! ang mai la selalu lawat kakcik ang. boleh jumpak aku. aku xdak kakcik kat alor gajah nak p sana selalu. hehehe

lastly,aku doakan ang semoga berjaya di dunia dan akhirat, panjang umur, diberkati Allah selalu, terlindung dari segala malapetaka, terhindar dari sebarang maksiat, cepat bertemu JODOH. amin:)

p/s:hadiah nak aku post ke mana? alor gajah? rumah lama? rumah baru?ka rumah SYAFIQ? hehe :p

gambar hiasan. hahaha. rindu zaman sekolah :)

Saturday, March 19, 2011

bila dah lama =,='


jari sakit macam nak tercabut :(

assalammualaikum :)

sapa sapa kat sini yang pernah maen bola tampaq? tak pernah? oh. tak pa. lepas neh pi try maen dulu. pastu baru mai baca entry aku neh. baru feel sikit. hahaha. hanya orang yang pernah maen benda alah neh ja yang akan taw masalah aku sekarang neh.

actually, aku neh bukan atlet bola tampaq. aku tak reti pon nak menampaq nampaq neh. aku reti maen sambut baling tepis bola ja. sinonim dengan bola jaring la. ok. perempuan tipikal. yes. aku memang perempuan tipikal. tak dak yang speacial pon kat aku neh :)

tapi, tak taw la. tiba tiba berminat lak nak maen game neh. sebab bola jaring ramai sangat yang nak maen dan semua terer terer dan TINGGI, aku beralah la. memang la bukan first time aku maen bola tampaq neh. first time aku maen time form three dulu. time tu jadik simpanan ja la. serius! aku memang tak terer lah!

dalam tak terer tak terer tu pon, aku tiba tiba gatai nak pi maen gak. eheh! besa la. manusia memang camneh. haha. first time aku pegang dan maen bola tampaq lepas bertahun tak maen, maw lebam dua dua belah tangan aku macam kena dera. serius aku terkejut habaq ang. dulu time muda muda aku maen pon tak teruk camneh. maybe aku dah lama tak maen. so, urat dah jadik lembik kot? kena bantai sikit ponnn, mengada ja lebeh.

tapi sikit tak sikit sangat la. maw seminggu gak baru ok. orang nak pegang tangan aku pon tak boleh. sakit gila. nak pakai baju long sleeve pon susah. tak pakai kang, tangan dah buruk. sob sob sob.seb bek boleh menulis g. kalau tak, mc seminggu r. ehehe :) errr... awat boleh menulis tak taw? nak mc!!!!

pastu, baru baru neh, p maen lagi!(tak reti serik) kali neh, jari aku lak jadi mangsa. aku try nak set bola. jari terkepak. auchh. sakit wei. tapi macam biasa. sambung maen balek. balek umah. jari dah start bengkak. selamat tangan kiri punya jari. haihh.. tak leh mc lagi! tapi sakit sampai sekarang kot. pi mengurut pon tak baek baek lagi. hurmmm.. aku nak maen la. tak maw la injured injured neh


nak lompat tinggi tinggi macam perempuan berbaju merah :)


p/s: awat makin tua, aku macam dah tak leh nak bersukan dah eh? :(

Friday, March 18, 2011

happy birthday marlina :)



boom boom kebaboommm! *tudia bunga api*

assalammualaikum dan salam sayang semua <3


kek tipu. heeeee :p


selamat hari lahir marlina :) dah 20 tahun dah. behave sikit lepas neh. kalau orang zaman dulu dulu, umoq macam hang neh dah boleh kawen taw? orang dulu ja ka? orang sekarang pon nak jugak! ehehehe :p

ok. orang yang pertama wish, my belove mak! i love you so much mak. muah muah muuuaaahhhhh! ahaha. kepada fatin and dilla yang fight sapa yang wish dulu, hampa dah kalah awai awai lagi. sekian, terima kasih :)

orang yang wat belog promote hari ketuaan aku, ainina. thanks dear. kawan aku yang tak pernah tacing walaupun aku sekarang dah jarang hang out dengan dia. nama ja dok belajaq kat tempat yang sama. sorry dear :(

orang yang wish melalui phone, pikah, nad, adik ku sayang, puteri, hana, alia, wani blup blup, syaz, abul, fatinshah. thanks eh? jasa anda semua dikenang. ahaha :p

tidak dilupakan kepada yang wish kat fb(wall, chatbox, inbox) tengkiu sesangat. aku tak termampu nak taip nama sorang sorang kat sini. harap maaf. tapi aku hargai taw! :D
wish yang paling wat aku tersentap, hampir hampir nak menanges(dia neh memang selalu wat aku nanges pon)

awak, selamat ulangtahun ke 20.
dah 20 ye awak..
selamat berjuang utk hidup yg tenang dan bahagia sebagai hamba Yang Maha Esa.
saya sayang awak, awak tau kan?wish lambat tak bererti saya lupa. saya sentiasa count down for this day.
selamat ya awak,, hadiah akan dapat bila2 awak free.
lagi satu, awak makin cantik skrg. cucuk ya..? -.-
hmm awak, saya rindu awak ni. mana saya nak dapat kwn mcm awak lagi?
jaga diri elok2 na awak..
dah 20. kurangkan tidur ptg2,, kurangkan kegatalan awak.
biaq saya sorang gatal dah la. saya 19 forever. ihiks!
sehingga ketemu lagi ya awak,,
ingat, jaga diri.. jaga solat..

yang selalu rindu nak sakat awak sampai awak nangeh,
Azyan Hazwani bt Zulkifly.

kepada yang sudi bagi hadiah, leya, linda roomate tersayang, shada, sha, zul. thanks! wat susah susah ja bagi hadiah. ehehehe :p

dan yang sudi sambut birthday aku dengan kek dan prank yang 'best' sangat, leya, linda, hajar dan shada. terima kasih lah lagi sekali. tahun depan buat lagi ok? hahaha. tapi sebelum tu, tunggu aku balas dendam dulu k? :)


kek betoi! :)

p/s: birthday yang membahagiakn. sori kalau tak termention nama. no heart/hard/hurt feeling k? :D

Thursday, March 17, 2011

teringat


bila mood tengah kacau sebab esok ada test subjek kritikal

assalammualaikum dan salam sejahtera.

aku tengah serabut sekarang. esok test dan satu benda pon aku tak paham dan aku tak taw esok aku nak jawab apa. mungkin aku akan hantaq kertas kosong ja kot. mungkin!

ok! intro paling pendek dalam sejarah aku berbelog :) neh nak masok content. actually, aku tengah teringat sesuatu la. hurmm.. semua sebab satu lagu neh. kau yang bernama seri. pernah dengaq tak? sedap lagu neh. aku suka. lagu neh tak da kaitan pon dalam hidup aku. tapi, bila aku dengaq terlalu banyak kali sangat lagu neh, aku macam errrr.. macam mana nak explen tak taw. aku macam terlebeh menghayati lagu la. dan secara automatik, aku akan jadik sedeh.

well, aku memang macam neh. dengaq lagu pon boleh reyau. kadang kadang tengok kuceng tepi jalan tak dak mak pon aku sedeh macam tengok bayi kena buang. aku pon kadang kadang tak paham dengan aku. nak kata lembut hati, errr.. betoi la kot lembut hati. erk?

luaran kasaq belom tentu dalaman pon kasaq kan? ahahaha. entah la. tapi seriusly. aku tak suka. rimas. malas nak ingat benda benda yang pernah wat aku down bertahun tahun. tiap tiap malam bantal basah sebab nanges. esok pagi bangkit tidoq mata sembam. p kelas suma pakat dok puji sebab depa ingat aku stay up sebab study. ceh =,='

bertahun aku amek masa nak recover. tapi kadang kadang, sebab satu lagu, aku boleh sedeh balek macam dulu. teringat balek. adoyai.sangat sangat tragis. sebab tu sekarang, bila orang cakap, tak maw ka jadi macam dulu? oh please. aku tak maw! serius!aku dah cukup bahagia dengan hidup aku sekarang.

orang cakap kalau nak lupa benda benda sedeh, cuba bercinta tengok. hahahahahahahaha. statement paling lawak abad neh. benda neh available untuk orang laen. tapi bukan untuk aku. bagi aku, bercinta punca segala masalah(i mean cinta between laki pompuan yang boleh kawen)
paranoid ya marlin? yes i do! haha. kalau nak hidop aman, jangan bercinta. cukupla setakat admire, minat minat cam tu ja. sakit hati tak selalu dapat, dosa pon tak selalu buat :)

orang boleh cakap pa ja kat aku. pengecut ka, penakot ka, apa apa ja la. aku tak kesah sebab aku taw diri aku. orang laen boleh cakap, boleh tengok, boleh nasihat, boleh kongsi masalah, tapi yang nak menanggung segala beban, diri sendiri jugak. so, fikir lah baek baek. xpayah la nak try try kalau rasa diri tu tak cukup serius.amaran kepada diri sendiri. sebab aku sekarang tengah nak menghampiri ke arah tettttttt.. hahaha. aku tengah try nak bercinta balek sekarang. hahaha. serius aku tak suka tapi aku sendiri tak boleh control perasaan sendiri =,=

love never fails? boleh pergi mati dengan statement neh :)

p/s: entry cacamerba. aku pon tak taw benda pa yang aku cuba nak sampaikan =,='
aku just harap 'dia' tak taw aku suka dia sampai bila bila. so, aku tak kan bercinta! ehehe :p