stalker!hahaha

Friday, March 4, 2011

perempuan hebat!

amaran: entry ini bukan bersifat berat sebelah :)

ehemm !
assalammualaikum dan salam sejahtera :)

ok. tajuk entry macam hapa ja kan? lelaki tengok mesti tak dak mood nak baca! hahaha. heh! abaikan! sebab apa aku buat tajuk entry ala ala berat sebelah neh?

sebab aku kaum yang HEBAT tu! haha. dah nama pon aku perempuan, mesti la aku kena puji aku! hehehe. sebab apa aku cakap kaum aku hebat? meh sini cek nak ceghita :p

hebat tak? hahahahaha

pernah tak kaum adam neh terfikir betapa susah nya jadik kaum hawa macam saya(tetiba ja tukaq jadik saya) yang comel neh? pernah tak? confirm tak pernah! kan? dah taw dah. hampa memang. kurang alert dan sensitip terhadap isu semasa.susah hampa taw dak.......

tambah tambah kalau libatkan isu hati dan perasaan. contohnya:

A: wei! aku nak cakap something kat ang neh!
B: pa? cakap ja la.
A: errr... etceli, aku dah lama usha ang. dari stat kita masuk sini lagi. makin lama aku usha
ang, makin syok aku kat ang. so, kesimpulannya, aku nak cakap aku dah suka cinta sayang kat ang <3
B: errr...*blushing*

ok. situation neh nampak normal kalo si A adalah lelaki dan si B itu perempuan.mesti tak lama selepas ini, selamatlah mereka dua ini berkapel(selamat berkapel ja la.yang lain belom tentu selamat g). sebab perempuan suka ja kalau lelaki berterusterang macam neh. tak payah nak guna ayat yang berbunga bunga pon :)

tetapi! situasi ini akan jadi kurang normal kalau si A tu perempuan dan si B tu lelaki. dan andaikata kalau mereka berkapel pon, mesti timbul komen komen yang sebegini:

komen 1: helehhh, maw dia tak dapat kapel dengan si B tu. dia yang ngorat dulu. cuba kalau dia tak ngorat, confem si B tu tak kan pandang dia lansung ah!
komen 2: tak malu gila si A tu. dah la perempuan. boleh lak p tackle mamat B tu. ingat dia cantik sangat?
komen 3: alaaaa..hampa jangan risau la. depa tu mesti tak lama nya. si B tu mesti main main nya tu.

=,=''

dan yang lebih mengecewakan, kadang kadang, betol ja komen komen negatif ni. memang sungguh terjadi! kalau perempuan yang mulakan, mesti relationship tu tak kan bertahan nya. jarang sangat couple macam neh akan bahagia hingga ke akhir hayat :(

gambar kat googlepon menyokong statement aku.
p/s:lelaki mcm neh patut kena 'kasi' ja. puas hati aku. ingat perempuan neh mainan hapa?


so, perempuan! akan lebih cenderung untuk pendam perasaan suka mereka itu. amat lah sadis ok. dan akhirnya, mereka akan melepas(bukan u'uk ok) jejaka idaman mereka itu. dan situasi yang sama akan berlaku pada jejaka jejaka seterusnya. amatlah sadis ok?(ulang dua kali! point penting neh!)

dah tu, tang mana hebatnya perempuan kalau dah jadik lagu neh(baru nak masuk content, intro bukan main panjang)nampak lagi cikai ada r.oh no no no. hebatnya perempuan kat sifat pemendam mereka itu la! woi! hampa ingat senang ka nak pendam pendam neh. try buat tengok. hampa(lelaki) mesti tak leh nya. sama ada hampa akan gitaw ja kat perempuan yang hampa suka tu or hampa akan tukaq sasaran(memandangkan perempuan yang hampa suka tu hot sangat tak padan lansung dengan hampa)

tetapi tidak bagi kaum perempuan(kaum hebat). mereka kadangkala boleh memendam perasan itu bertahun lamanya. usha dari jauh. curik curik bagi hadiah bawah meja, dalam raga moto, atas cermin kereta :) usha fb si jejaka idaman(JI) 2 minit sekali. kadang-kadang, siap buat bookmark g fb,twitter,formspring,blog si JI. dalam kelas/tempat kerja, leher asyik teleng sebab seminit sekali dok usha JI(kalau kelas/tempat kerja sekali la) dan macam macam lagi perkara luaq alam mereka boleh lakukan kecuali! meluahkan perasaan kepada si JI :(

kesimpulannya, perempuan jadik hebat sebab mereka ada perasaan malu. malu kan kalau nak mula first step. memang ramai yang cakap sekarang orang dah tak kesah. lelaki perempuan sama ja. tetapi! bagi aku, perempuan tetap kena pelihara sifat malu tu. perigi tak kan sesekali mencari timba. perigi akan tetap menunggu kedatangan timba idamannya yang telah ditentukan sejak azali lagi(mengamuk cikgu bm aku kalau dia baca blog aku.haha. eh, bajet hot plak macam la cikgu tu ada masa nak baca blog neh) :p

pendapat aku neh umum ok. da ja sekarang kaum perempuan yang dah advance. no hard/heart feeling ok? pendapat ja pon :)

p/s: saya seorang pemendam perasaan yang hebat! syhhhh..rahsia neh! ;p

10 comments:

Puteri Nur Suraya said...

hg lupa tambah lagi perisa entry nie..

1 : Lelaki tak boleh kemas rumah, belajar, kerja *cari duit* & jaga makan minum family at the same time.

2 : lelaki tidak mampu membawa agak2 3kg baby dlm perut for 9 months.

3 : Lelaki cukup liat nak buat air sendiri, iron baju sendiri, siap diri & d semua la sendiri. Yg penat, semua bini.

Eg aku amik dari ayah aku! hahaha! ;p

p/s hg tak pendam dah perasaan la tuh. :D

Marlina :) said...

pupu: yang tu aku kena wt tajuk entry lelaki cikai r.. hahaha. akan dipertimbangkan idea 2

p/s:aku pendam hat yang len. yang neh memang aku dok selalu luah dah. ehehe :p

fyqa said...

neh cm source cm nk ckp pa yg trpendam ja? hahaha.

Marlina :) said...

pkah: aku xkan cakap la.. hahaha.. aku nak simpan sorang2 ja :p

Indiana Johnny said...

ehem2..hahaaha

Marlina :) said...

?jin makan asap sakit tekak ka? huahahah

Indiana Johnny said...

errr... etceli, aku dah lama usha ang. dari stat kita masuk sini lagi. makin lama aku usha ang, makin syok aku kat ang. so, kesimpulannya, aku nak cakap aku dah suka cinta sayang kat ang.............perlu kerr guna ayat nie???????????????

Marlina :) said...

perlu sangat2! ala.. biaq lah aku nak guna. blog aku la.. hahah :p

Indiana Johnny said...

Yeker...nanti aku buat ayat lagi power lagi...tapi serius...aku x penah meluahkan perasaan pun~...=(

Indiana Johnny said...

nanti buat entri pasal lelaki cikai....aku nak baca..euuwww.kah3....=)