stalker!hahaha

Wednesday, May 8, 2013

1 tahun, 9 bulan, 3 minggu dan 3 hari

mood jiwang. ready untuk muntah ebelibadi

Assalammualaikum!

Ya Allah, rasa lamanya aku tak membebel di sini. Almaklumlaa, kononya dah ada tempat nak meluah segala isi hati. So, belog ini bukan lagi pilihan hati lah. Ewah! Ok, semua sila refer tajuk! *tak tau semua tu berapa, entah-entah sorang pon tak baca entry aku neh. Ehehehe

Actually, kalau hampa belek belog aku, angka tu akan sama dengan satu angka dekat belog aku jugak *valid hanya untuk hari entry ini di post sahaja. Buka-buka belog neh, ternampaklah benda alah tu. Terkejut sat! Tak sangka. Hahaha. Lama jugak kami bertahan sesama sendiri.

Mana tidaknya, kami berjumpa hampir tiap hari, tak kesah la waktu apa, jarang sangat la kalau tak jumpa. In case kalau tak jumpa tu, sama ada aku menggedik buat2 merajuk ATAU aku balik rumah dan dia stay di USM. Yela, bukannya kami serumah pun dia nak ikut balik sekali. Bakal serumah tu iya la. Eheheh

Berjumpa saja tu takpa, tapi kalau setiap kali jumpa mesti bertekak. Dari isu peribadi sampai la isu negara. Kahkahkah. Kekadang kalau pasai politik pon boleh end up bertegang urat. Tapi bergaduh kami takat tu ja la. Takdak la dia sampai kena beli kek secret resepi sebijik dua baru aku nak ok balik. Aku pon kalau buat salah dan dia terasa, takdaknya sampai aku kena melutut menangis bagai untuk dia ok balik. Rasanya aku sangat malahan terlebih selesa dengan dia. Bagi pihak dia, aku tak tau. Harap benda yang sama berlaku. Hahaha

Aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia. Maybe orang boleh kata macam-macam yang tak baik. Yela, baru couple, bukan kawen lagi pon. Tapi nak buat macam mana, soal hati dan perasaan tu aku tak boleh kawal. Aku manusia biasa yang lemah. Aku just boleh doakan yang terbaik untuk kami berdua. Selalu sangat berharap yang jodoh kami tu ada. 

p/s: hanya mampu berdoa benda yang terbaik

No comments: